Friday, 28 October 2011

Letupan Bangunan Empire Gallery

empire subang3 (Gambar) Empire Gallery Subang Meletup. Apa Pengajarannya?
Pada 28 september 2011 hari Khamis lepas, jem jangan cakaplah kalau lalu federal punyalah sesak terutamanya apabila hendak masuk Subang..LDP pun terkesan juga, sesak sehingga ke tol Bt 3 gara-gara jalan ke Subang ada yang ditutup..Ini semua selepas berlakunya letupan di pusat membeli belah Empire Subang
  • 4 orang cedera
  • Dikatakan berpunca daripada kebocoran gas. Punca utama masih dikenalpasti
  • Berlaku pukul 3.40 pagi i
  • Menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah
Pusat membeli belah Empire Subang ini baru sahaja menyambut ulangtahun pertama mereka. Tup-tup semalam berlakunya letupan di Empire Gallery Subang.
empire subang4 (Gambar) Empire Gallery Subang Meletup. Apa Pengajarannya?
Bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada masa itu pukul 3.45 pagi dan 50 anggota dihantar ke tempat kejadian. Letupan seperti yang dilaporkan setakat ini dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran gas dari aras bawah yang menempatkan kedai-kedai makan dalam pasar raya Empire Subang itu. Tapi walaubagaimanapun pihak berkuasa masih lagi menjalankan siasatan punca sebenar disebalik Empire Subang meletup
Walaubagaimanapun, kesimpulannya, semua pusat membeli-belah sepatutnya kena adalah BCP (business continuity planning), kalau ada sebarang malapetaka & bencana, apa langkah-langkah yang perlu dilakukan selepas itu?
empire subang5 (Gambar) Empire Gallery Subang Meletup. Apa Pengajarannya?
Polis kena buat siasatan terperinci nie. Kena bawa ke muka pengadilan mana-mana yang bertanggungjawab sehingga berlakunya letupan ini supaya memberikan pengajaran supaya jika “didapati berlakunya kecuaian”, kecuaian tersebut tidak diulangi buat kali YANG KEDUA. Ini bukan perkara main-main…
Nasib baik berlaku waktu orang ramai tengah tidur, kalau berlaku pada waktu kemuncak? Yang semalam berlaku letupan pukul 3 pagi, kalau buatnya berlaku 3 petang? Apa akan jadi?
empire subang (Gambar) Empire Gallery Subang Meletup. Apa Pengajarannya?
empire subang2 (Gambar) Empire Gallery Subang Meletup. Apa Pengajarannya?
Harapan kami tempat lain juga akan ambil pengajaran buat proper inspection untuk elakkan perkara-perkara sebegini tidak berlaku lagi….

No comments:

Post a Comment

Labels

1001 dalam 1 (1) Alam (3) Cepat Kaya (1) Info (1) jenaka (5) Kesihatan (2) Peringatan (13) semasa (12) tuisyen (2)