Friday, 28 October 2011

banjir di Thailand

banjir thailand (Gambar) Banjir di Thailand. Terburuk Dalam Tempoh 50 tahun!! Kesan Kepada Malaysia?Setakat dilaporkan oleh PressTV, dah 373 terbunuh disebabkan banjir di Thailand. Thailand kini mengalami bencana banjir terburuk dalam 50 tahun. Apa yang kami lihat banjir di Thailand nampak kurang publisitinya, berbanding banjir di Brisbane, US sebelum ini. Padahal, ia sebenarnya memberikan impak kepada Malaysia juga…..
Terdapat empangan di Bangkok, Thailand yang jauh dari laut. Disebabkan kekuatiran pada masa itu, kemarau akan berlaku pada masa akan datang, empangan di sana telah menyimpan terlalu baik air. Mana tau kemarau tak tiba. Tau-tau lain pula jadinya. Apabila hujan lebat Bangkok, air melimpah di empangan. Jadi terpaksa dilepaskan dan akhirnya keadaan menjadi lebih buruk.
  • Dianggarkan 8 juta hingga 10 juta meter padu jumlah air yang mengalir daripada utara melepasi Bangkok setiap hari
banjir Thailand 61 (Gambar) Banjir di Thailand. Terburuk Dalam Tempoh 50 tahun!! Kesan Kepada Malaysia?
Boleh dikatakan teruk keadaan di sana, BANGKOK dah jadi macam KOLAM AIR. Ada yang melaporkan mereka memerlukan lebih sebulan untuk banjir di sana beransur pulih.
  • 28 daripada 77 wilayah telah terjejas
  • 2.45 juta penduduk Thailand terjejas
  • 800,000 buah rumah dianggarkan musnah
  • 720,000 penduduk dirawat ekoran jangkitan kuman air dan tekanan
  • 7 kawasan perindustrian besar di utara Bangkok dihentikan operasinya
  • 640,547 terutamanya yang bekerja di sektor industri paling terjejas teruk dan tidak bekerja sementara waktu
banjir Thailand 3 (Gambar) Banjir di Thailand. Terburuk Dalam Tempoh 50 tahun!! Kesan Kepada Malaysia?
Menyentuh operasi perindustrian di Thailand, operasi telah dihentikan sehinggakan beberapa kilang di Malaysia yang setakat kami ketahui termasuklah kilang pemasangannya CKD Honda di Pagoh, Melaka memberhentikan operasi akibat kilang Honda di Ayuthaya (utara bangkok) yang merupakan pembekal komponen utama iaitu komponen press metal telah ditenggelami air.
banjir Thailand 6 (Gambar) Banjir di Thailand. Terburuk Dalam Tempoh 50 tahun!! Kesan Kepada Malaysia?
Kilang Western Digital telah turut terkena tempiasnya dek kerana pembekal mereka di Thailand turut banjir. Setakat ini sahaja, kilang di Thailand sana dah rugi lebih 6,000 pengeluaran kereta pada setiap hari
  • 4 juta ekar tanah yang dah dilanda banjir
  • 12.5 peratus tanaman padi musnah
  • Dianggarkan juga 7 juta tan tanaman padi mungkin musnah, sekaligus pengeluaran hasil padi dijangka jatuh kepada 18 juta tan.

No comments:

Post a Comment

Labels

1001 dalam 1 (1) Alam (3) Cepat Kaya (1) Info (1) jenaka (5) Kesihatan (2) Peringatan (13) semasa (12) tuisyen (2)