Saturday, 29 October 2011

Himpunan Sejuta Umat

himpun Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) : Membendung Ancaman Akidah Umat Islam di Malaysia
Pada hari Sabtu ini, 22 Oktober 2011 yang diberi nama Himpunan Sejuta Umat(HIMPUN) akan berhimpun di Stadium Shah Alam. Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)  pun dah “dapat lampu hijau” daaripada pihak polis dan telah diberikan permit. Tetapi apa tujuan Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)  ini diadakan sebenarnya?
Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)
Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)  diadakan bagi merakamkan rasa terharu kami di atas ketegasan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Sultan Selangor berhubung isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja (DUMC) baru-baru ini..
  • Objektif : Satu manifestasi bagi membendung ancaman kepada akidah umat Islam di Malaysia
  • Anjuran : Sekretariat Himpunan Sejuta Umat Cegah Murtad (Himpun) & kerjasama kira-kira 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara.
  • Lokasi : Stadium Shah Alam
  • Tarikh : 22 Oktober 2011
  • Masa: 2 petang hingga 6 petang
  • Kedatangan : Sasaran 100,000 orang
Dalam pada masa yang sama, wakil Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) telah mengajak tidak kira anda daripada parti politik apa sekalipun dan NGO untuk hadir sama. Itu janji mereka yang mana tiada kepentingan politik disebalik Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN).
Kalau begitulah tujuan Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) ini diadakan tiada masalah sebenarnya dan dilihat agak baik daripada tujuan tujuan asal mereka, cuma harapan kami ia tidak hanya terhenti di sini sahaja hanya apabila timbulnya sesuatu isu, tetapi diteruskan untuk pada masa-masa akan datang dengan memperkuatkan lagi jalinan penyebaran dan pengukuhan iman umat Islam di Malaysia yang luar stadium. Ya…konsisten….Insyaallah.
“Kalau himpunan ini disertakan sekali solat hajat, lagi baik. Minta kekuatan daripadaNya.”
Mungkin dalam pada masa yang sama, selepas daripada ini, Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) boleh mengambil contoh cara NGO-NGO yang turut memperjuangkan umat Islam macam Bintulu Iqra Centre (BIC) di Sarawak contohnya. Mereka terdiri daripada golongan profesional sama ada dari kerajaan dan GLC. Pandai cari dana, mempunyai kemudahan sendiri yang cukup, tiada pun tunggu dana dari kerajaan dan yang paling penting usaha memperjuangkan agama Islam adalah berterusan…
P/S : Dan satu lagi harapan kami, jangan kita semai “benih-benih” perjuangan Islam di dalam Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) ini tetapi “dirosakkan” kembali apabila sebaik sahaja merak yang hadir keluar sahaja daripada stadium sehingga terus lupa mengamalkan ajaran Allah yang sebenar

No comments:

Post a Comment

Labels

1001 dalam 1 (1) Alam (3) Cepat Kaya (1) Info (1) jenaka (5) Kesihatan (2) Peringatan (13) semasa (12) tuisyen (2)