Monday 31 October 2011

BIOMANIS BERASASKAN STEVIA

Gula Penawar Kencing Manis

Pro Asli Herbs-BIOMANIS yang berasaskan dari daun Stevia Gred A+ yang juga dikenali sebagai daun ajaib kerana rasanya manis 400 kali ganda dari gula tetapi mempunyai 0% kalori, 0% lemak, 0% kolestrol, 0% protin, 0% toksid, 0% glukos dan 0% karbohidrat
Produk BIOMANIS (Stevia Ekstrak) dijual dalam botol 10gm dan setiap satu kotak (pek keluarga) akan mengandungi 5 botol (10gm) serbuk stevia yang dijual pada harga RM200 per kotak.


1 Botol BIOMANIS (10gm) boleh menyediakan sehingga 400 gelas minuman dan sesuai untuk 2 bulan. 1 gelas hanya menggunakan secubit BIOMANIS sahaja. 1 kotak boleh memaniskan hidup anda selama hampir 1 tahun.
Selain dari khasiat semulajadi yang terkandung di dalam daun Stevia ini, proses pembuatan produk ini telah disulam dengan bacaan 30 Juzuk AL Quran, Ayat-Ayat Syifa', Doa-Doa Mustajab dari Al-Quran dan Hadis, Bacaan Asma Al-Husna dan lain-lain bagi menambah keberkatan dan keberkesanan penggunaan BIOMANIS ini (dengan izin Allah). Gabungan ini diharap menjadi penawar terbaik kepada pengamalnya sama ada dari segi biologi mahupun dari segi metafizik. INSYAALLAH..

SASARAN BIOMANIS 





Merujuk kepada perangkaan Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) pada tahun 2007, dianggarkan 2.6 juta atau 10% rakyat Negara ini menghidap penyakit diabetes dan jika trend peningkatan itu tidak berubah, jumlah tersebut akan meningkat kepada 3.38% juta orang pesakit menjelang 2020.

Menteri Kesihatan menyifatkan statistik tersebut amat membimbangkan dan punca utama yang menyumbang kepada trend itu ialah amalan gaya hidup serta budaya pemakanan yang tidak sihat. Lebih memeranjatkan, kajian PDM mendapati 70% daripada penghidap diabetes jenis kedua (kronik) adalah di kalangan mereka yang berumur 40 tahun ke bawah. Ini bermakna semua orang yang berusia 20 tahun ke atas adalah berpotensi untuk mengidap diabetes.

Pembeli atau pengguna sebenarnya hanya membelanja 10 SEN sahaja untuk 1 gelas minuman tetapi dapat mencegah badan dari pelbagai penyakit berbahaya. Dengan harga serendah ini, BIOMANIS dilihat berpeluang menjadi pilihan utama di hati masyarakat dan mengembalikan rasa manis kepada pesakit diabetes.

APA ITU STEVIA?




Stevia Rebaudiana merupakan spesis pokok herba daripada keluarga bunga matahari dan sangat sesuai sebagai penghias penutup bumi. Pokok stevia berasal dari Amerika Selatan. Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana kemanisannya yang setanding gula. Ia juga turut dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.

Pokok stevia matang menghasilkan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah dan pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Rasa manis pada daun stevia disebabkan kandungan bahan aktif stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi sehingga 200˚C dan mempunyai nilai pH yang stabil .


KEGUNAAN STEVIA


Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat dunia sejak dahulu lagi. Daun stevia yang telah dikeringkan ini digunakan untuk memaniskan minuman dan bahan tambahan perasa dalam masakan. Selain dari itu, penduduk di Brazil menggunakan daun stevia ini sebagai ubat untuk merawat tekanan darah tinggi, kencing manis dan merawat luka terbakar.





Rakyat di Jepun telah 20 tahun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semulajadi. Hampir kesemua produk makanan keluaran Jepun seperti jeruk, minuman ringan, coklat dll menggunakan ekstrak stevia sebagai pemanis semulajadi bagi menggantikan gula pasir. Syarikat pengeluar Coca Cola juga kini telah menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan Sakarin untuk menghasilkan minuman tersebut.


KAJIAN TERHADAP STEVIA







Ekstrak stevia dikatakan 200-400 kali (mengikut gred) lebih manis dari gula biasa TETAPI apa yang unik mengenai pemanis semulajadi yang berasaskan Stevia ini ialah ia SIFAR kalori, SIFAR lemak, SIFAR kolestrol, SIFAR protin, SIFAR toksid, SIFAR glukos dan SIFAR karbohidrat.

Hasil kajian menjelaskan bahawa 1 gelas gula biasa bersamaan dengan 1 sudu ekstrak stevia dan 10gm ekstrak stevia boleh memaniskan kira-kira 400-750 gelas air (mengikut gred)

Para saintis merumuskan stevia yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan gula dalam badan. Memandangkan stevia tidak menghasilkan glukos maka ekstrak ini mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes.

Pengkaji di Brazil pula mengatakan bahawa sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat. Pengambilan stevia yang konsisten dan kerap dalam menggantikan gula tidak akan memudaratkan memandangkan sifat daun stevia yang SIFAR SEGALANYA. Kajian juga menunjukkan bahawa stevia mampu melambatkan penurunan tindakbalas vitamin-vitamin penting dalam badan.





BIOMANIS GANTI GULA

Gula adalah pemanis tanpa khasiat yang bertindak menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh dan bersifat sebagai pemangkin kalori serta disimpan sebagai lemak dalam badan. Gula juga adalah penyebab utama kegemukan. Faktor-faktor ini lah yang telah menjadikan Malaysia antara Negara yang mempunyai pesakit diabetes paling ramai di dunia.
Berpuluh-puluh penyakit telah dikenalpasti berpunca dari kandungan gula dalam badan, di antaranya ialah melemahkan daya tahan tubuh terhadap penyakit, merosakkan buah pinggang, meninggikan risiko penyakit jantung koronari, penyebab bengkak saluran usus, penyebab kencing manis, obesiti, tekanan darah tinggi dan pelbagai penyakit lagi.



KHASIAT BIOMANIS
Pemanis semulajadi minuman dan masakan
Menurunkan kadar gula dalam darah untuk pesakit kencing manis
Melawaskan kencing untuk mengelakkan penyakit batu karang
Membunuh bakteria penyebab penyakit
Membunuh virus dalam badan
Mengurangkan keradangan
Membantu menurunkan berat badan - obesiti
Membantu melambatkan proses penuaan dan awet muda sekiranya dijadikan amalan hidup dan
Menghindarkan penyakit-penyakit kronik dan berbahaya akibat daripada kekurangan alkali dalam badan

"Setiap Jiwa Yang Dilahirkan Telah Tertanam Dengan Benih Untuk Mencapai
KEJAYAAN Dalam Kehidupan; Tetapi Benih Itu Tidak Akan Tumbuh Seandainya
Tidak Dibajai Dengan Keberanian Untuk Merebut Peluang Tersedia Di Depan Mata!"

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIH BIOMANIS?


Produk yang HALAL dan 100% milik penuh BUMIPUTERA ISLAM
Biomanis adalah produk yang dihasilkan sepenuhnya atas inisiatif syarikat 100% milik penuh bumiputera Islam.Oleh itu anda terhindar daripada unsur syubhah.

Biomanis disulam dengan ayat suci Al-Quran dan doa syifa'
Proses pembuatan produk ini telah disulam dengan bacaan 30 Juzuk AL Quran, Ayat-Ayat Syifa', Doa-Doa Mustajab dari Al-Quran dan Hadis, Bacaan Asma Al-Husna dan lain-lain bagi menambah keberkatan dan keberkesanan penggunaannya. Gabungan ini diharap menjadi penawar terbaik kepada pengamalnya sama ada dari segi biologi mahupun dari segi metafizik

Pencegah Diabetes (kencing manis)
Biomanis iaitu STEVIA merupakan antara salah satu ALTERNATIF bagi pesakt diabetis yang inginkan makanan dan minuman manis TANPA meningkatkan paras gula dalam darah.


Internet banking
Pembayaran boleh dilakukan melalui : http://www.maybank2u.com.my/ @ http://www.cimbclicks.com.my Produk akan dihantar dalam tempoh 24jam meggunakan khidmat POSLAJU setelah bayaran disahkan. DIJAMIN SAMPAI ESOK! Insya-Allah.


Menjana pendapatan sampingan
Anda juga boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjadi pengedar Biomanis dikawasan anda.Hanya perkenalkan Biomanis pada keluarga, rakan dan taulan.



Bebas Penipuan
Hasil pendapatan daripada perniagaan ini akan saya gunakan untuk menyara ahli keluarga saya.Oleh itu saya mengharapkan rezeki yang halal dan akan memastikan tiada unsur penipuan berlaku disini.

KUALITI
Kami percaya untuk menghasilkan layanan yang berkualiti adalah harus memiliki produk yang berkualiti dan support terbaik. Di Biomanis.com, sudah menjadi tugas kami untuk memberikan "Kualiti Terbaik" untuk anda.




9/10 punca REZEKI adalah datangnya daripada PERNIAGAAN
tetapi mengapa kita masih lagi nak berebut REZEKI yang bakinya ialah 1/10 ?


No comments:

Post a Comment

Labels

1001 dalam 1 (1) Alam (3) Cepat Kaya (1) Info (1) jenaka (5) Kesihatan (2) Peringatan (13) semasa (12) tuisyen (2)